Friday 15 July 2016

Berat66 – Presiden PBSNT Diminta Berundur Secara Terhormat...


Pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) diminta meletakkan jawatan berikutan dua kekalahan berturut-turut dalam kejohanan Liga Super, semalam dan sebelum ini dalam kejohanan Piala Malaysia 2016.

Netizen Terengganu melalui Facebook menunjukkan kemarahan mereka dengan kekalahan malam semalam, malah tidak segan-segan meminta pengurusan PBSNT, khususnya Datuk Wan Ahmad Nizam  Abdul Hamid, iaitu Pengerusi (presiden) Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu meletakkan jawatan.

Ruslan Abdul Rahman yang mendakwa dirinya ‘mahir’ mengenai bolasepak Terengganu kerana mengikutinya sejak 1985, berkata “Sudah terang dan nyata tidak mampu...berundur sahajalah secara terhormat!”

Reaksi kepada posting itu,  YB Padang Ragut  berpendapat, “Betul tuuu...kalau tak mampu dan org dih tak suka turun lahhhh....tak payah tunggu lah..nampak sangat doh..

Sementara Ya Putrajaya yang turut mengulas terus terang menyebut nama Datuk Wan Ahmad Nizam dengan mengatakan : “Hok jelas mat nijang dok rok jadi pengurus pasukan.... dan tiada usaha kearah memperbaiki kearah yg lebih baik mungkin ada bola disebalik tiang gol faham faham lah kita ni dah senja usia dlm politik.” (Sudah jelas, Ahmad Nizam tidak mampu jadi pengurus pasukan...)

Sementara NinjaWarriors (pEteH GaNu PeTEh) pula menunjukkan kekecewaannya dengan berkata: “Bukan skali ni je kita dirogol, lepah ni, sblum ni, brape kali doh.. berat66.. dr pengurusan, coach, pmain blaker berattt!!!”

Terengganu sebelum ini kalah kepada Melaka United 1-3 di Melaka dan semalam, di tempat sendiri, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu di aibkan oleh Kelantan dalam saingan Liga Super dengan 1-6‎.

Ini kekalahan terburuk skuad ‘Penyu’ itu sejak beberapa tahun  kebelakangan ini.

Kekalahan itu jelas mengecewakan lebih 7,000 penyokong skuad Penyu yang bertindak melaungkan kekesalan mereka dengan mempertikaikan peranan dimainkan PBSMT dalam memulihkan kembali reputasi pasukan Terengganu.

Sang Penyu  yang membiarkan Kelantan ‘meratah mereka untuk berpesta gol’ tidak dapat diterima peminat dan penyokong Terengganu apa lagi bermain di laman sendiri.

Lebih memarahkan penonton kepada pasukannya sendiri ialah pemain import Terengganu, Vincent Bikana bagaikan ‘membiarkan dirinya’ dilayangkan kad merah seawal minit kedua yang memberikan penalti buat pelawat.

Bikana dipersalahkan oleh pengadil  perlawanan, Mohd Zohri Tajuddin kerana menjatuhkan penyerang import Kelantan - Blzahe Ilioski - sekaligus menyaksikan skuad Penyu terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Namun, Gol awal kem Qu Puteh The Red Warriors itu tidak mematahkan semangat pasukan tuan rumah dan empat minit berselang, penyerang Terengganu Issey Farran Nakajima berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma.

Perlawanan menjadi semakin sengit apabila kedua-dua pasukan terus berbalas serangan ke gawang-gawang masing-masing tetapi berjaya dipatah benteng pertahanan yang dilihat semakin ampuh mengekang beberapa percubaan merbahaya.

Asakan bertali arus dilancarkan anak buah Velizar Emilov Popov sekali lagi membuahkan hasil selepas Wander Luiz Junior bijak menggunakan peluang untuk menjarakkan kedudukan pada minit ke-45. 

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi menambah jaringan, namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan masing-masing.


Enggan berputih mata, Issey Nakajima cuba mengatur gerakan dan melancarkan serangan ke gawang lawan, namun percubaannya tersasar. 

Pada minit ke-59, gawang tuan rumah terus dibolosi menerusi jaringan Wan Zack Haikal, untuk menewaskan penjaga gol Terengganu Mohd Sharbinee Allawee.

Kealpaan skuad Penyu menyaksikan pintu gol mereka sekali lagi dirobek pada minit ke-63 menerusi Blazhe Ilioski yang bijak menyempurnakan hantaran Abdul Manaf Mamat. 

Blazhe Ilioski terus menghukum kesilapan pasukan tuan rumah dengan menambah jaringan peribadinya pada minit ke-75 dan 85.



Kita tunggu reaksi Kerajaan Negeri dan exco berkaitan sukan yang sudah pasti diajukan soalan mengenai isu ‘panas ini’.

No comments:

Post a Comment